Sejarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Perpustakaan Gurney ketika Jubli Perak pada tahun 1978PPANS mengambil alih perpustakaan ini pada tahun 1978

Perpustakaan Sir Henry Gurney

Sejarah awal wujudnya perpustakaan Negeri Sembilan adalah melalui penubuhan sebuah Perpustakaan yang terletak di Jalan Dato’ Abd. Malek,
Seremban iaitu Perpustakaan Sir Henry Gurney. Perpustakaan Sir Henry Gurney ini telah dibuka dengan rasminya pada 30 Julai 1952 .
Menyedari tentang kepentingan perpustakaan kepada masyarakat, maka, kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan ini pada tahun 1978
melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ( 1974 ). Jawatankuasa Perpustakaan Gurney telah pun bersetuju untuk menyerahkan perpustakaan
ini kepada Perbadanan mulai daripada 1 Oktober 1978. Pada asalnya, bangunan ini diperbuat daripada kayu dan hanya berukuran 60’x40’ serta beratap asbestos.
Ianya hanya dapat menempatkan kira-kira 50 tempat duduk dan boleh menampung sejumlah 10,000 naskah buku sahaja. Bangunan tersebut telah dirobohkan
dan bekas tapak tanahnya telah dimajukan.

Bangunan Lama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Perpustakaan Jalan Dato Hamzah 1988-2006

Bermula dengan Perpustakaan Sir Henry Gurney, PPANS telah berpindah dan menduduki Bangunan Lama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah pada tahun 1987. Projek untuk mengubahsuai bangunan ini telah dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan siap pada Mei 1989, manakala perkhidmatan kepada orang ramai mula diberikan pada Ogos 1989.

Bangunan Perpustakaan Negeri di Jalan Dato’ Hamzah telah memberikan perkhidmatan selama 16 tahun kepada masyarakat Negeri Sembilan, Bangunan unik senibina barat ini telah menjadi ikon kepada Bandar Seremban dan telah pun mendapat pengiktirafan sebagai bangunan warisan negara. Bagi mengekalkan bangunan tersebut sebagai Bangunan Warisan Negara dan kesesuaian perpustakaan negeri mengikut keadaan semasa (ruang yang luas dan lebih selesa). Kerajaan Negeri telah mencadangkan untuk menempatkan PPANS di Bangunan Wisma Umno sebagai Bangunan Sementara Perpustakaan Negeri. Melalui peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan , kerja-kerja mengubahsuai Bangunan Wisma Umno untuk dijadikan Perpustakaan Negeri merangkap pusat pentadbiran PPANS telah dapat disiapkan pada 11 Januari 2007.

Bangunan Wisma UMNO Negeri Sembilan

Perpustakaan Negeri Jalan Dato Sheikh Ahmad

Bermula pada 11 Januari 2007 juga PPANS telah berpindah ke Bangunan Wisma Umno manakala Bangunan Perpustakaan Negeri di Jalan Dato’ Hamzah secara rasminya telah diserahkan kepada pihak pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan pada 29 Januari 2007. Perkhidmatan Perpustakaan Negeri di Jalan Dato’ Sheikh Ahmad mula beroperasi pada 2 April 2007. Bangunan ini terletak di lokasi yang strategik iaitu ditengah-tengah bandar Seremban dan mampu menarik minat orang ramai untuk datang ke Perpustakaan bagi menikmati kemudahan yang disediakan. Perpustakaan Negeri terdiri daripada tiga tingkat iaitu, tingkat bawah, tingkat mezzanine dan tingkat satu. Ruang di tingkat bawah bangunan menempatkan Zon Kanak-kanak ( perkhidmatan khas untuk kanak-kanak) seluas 6,597.74 k/p dan ianya diperluaskan dengan tingkat mezzanine yang seluas 5,174 k/p bagi menempatkan Pusat Pentadbiran PPANS, manakala di tingkat satu

Perpustakaan Bestari Samsung

Pada tahun 2017, pihak Samsung telah menaja perbelanjaan pengubahsuaian ruang kanak-kanak Perpustakaan Negeri Seremban kepada perpustakaan pintar Samsung. Samsung telah membelanjakan kelengkapan ubahsuai serta menyediakan peralatan serta gajet Samsung terkini bagi digunakan orang ramai untuk mencari maklumat. Perpustakan Bestari Samsung ini dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hj. Hasan pada 22 Ogos 2017.